Thursday, April 29, 2010

Filem Malaysia Yang Mungkin Kita Tak Pernah Tengok ataupun Tidak Tahu Akan Kewujudannya Filem Ini Di Dalam Industri Perfileman Malaysia Part 1

Boleh tahan cilaka. Panjang nak mampus tajuk entri aku kali ni. Dah macam tajuk ceramah motivasi peringkat sekolah rendah pulak.


Teringat aku dulu aku pernah terbaca dekat blog Obefiend tentang poster-poster Filem Melayu (tapi aku dah tak ingat entri yang mana. Banyak sangat entri mamat ni). Memang teruk juga dia kutuk. Hehehee.. Well, itu memang bakat semulajadi mamat tu. Dia pernah kata kalau dekat Olimpik ada acara bashing other people, confirm dia dapat pingat emas kalau wakil Malaysia.

Terinspirasi dari entri di blog beliau, aku pun mencari senarai filem-filem Malaysia dan akhirnya aku terjumpa. Memang agak mengejutkan kerana ada sesetengah filem buatan Malaysia yang aku langsung tak tahu akan kewujudan filem tersebut. Ada yang aku pernah dengar nama filem tersebut tapi tak pernah tengok filem tersebut dan ada yang pernah aku tengok masa kecik dan dah tak ingat jalan ceritanya sekarang.

So, mari kita imbas bersama-sama.


Aku pernah dengar nama 'Abu Nawas' tapi aku tak tahu pulak kewujudan filem yang mempunyai tajuk sedemikian.

Mungkin filem ini diterbitkan pada zaman kegemilangan filem P. Ramlee. Tetapi terang lagi nyata yang filem ini bukan arahan P. Ramlee sebab nama P. Ramlee tidak tertulis pada poster tersebut.

Filem ini merupakan arahan A. R. Tompel. Dia juga merupakan hero untuk cerita ini mungkin kerana muka A. R. Tompel sebesar-besar mungkin dalam poster ini dan memang jadi menjadi trend pada masa tersebut, pengarah filem merupakan hero dalam filem tersebut.

Aku tak pernah menonton filem ini dan rasanya aku tak berminat nak menonton filem ini. Kenapa? Kerana selain dari filem arahan P. Ramlee, semua cerita-cerita klasik ini tidaklah seronok ditonton pada zaman ini..... Kecuali cerita Gila Kuda dan Locheng Maut. Sempoi dowh!!!


Ah Beng Returns. Satu filem yang aku tidak tahu akan kewujudannya. Diterbitkan pada tahun 2001.

Bila aku google, aku dapat info yang filem ini merupakan arahan James Lee, pengarah kelahiran Ipoh yang juga merupakan pengarah bagi filem The Beautiful Washing Machine. Kamu pernah dengar tajuk filem ini? Tak pernah? Mungkin kamu pernah menontonnya di Astro Kirana dahulu.

Aku agak tertarik apabila membaca sinopsis filem ini:

"Heavily influenced by Jean-Luc Godard, this experimental piece of anti-cinema is about a group of Chinese Communist gangsters dealing with betrayal, disillusionment and the absence of love."

Agak menarik bunyinya. Ada sesiapa yang ada simpan filem ini, sila kongsi bersama aku.


Ah Lok Cafe. Satu lagi filem yang membuatkan aku tertanya-tanya, "ada kaitan dengan Hard Rock Cafe ke?" memandangkan mereka meniru logo Hard Rock Cafe pada poster filem ini.

Aku berminat untuk menonton filem ini. Posternya agak unik dan membuatkan timbul rasa keinginan untuk menonton filem ini. Siapa yang ada, sila share dengan aku.


Bila aku tengok poster filem Amelia ini, timbul satu tanda tanya, "Ruhil Amani Hussin boleh berlakon rupanya... Ye ke?" Aku tak pernah dengar langsung tentang filem ini.

Adakah aku ingin menonton filem ini? Tidak!! Kenapa? Kerana pelakon utamanya adalah Joe Wings. Kenapa dengan Joe Wings? Kerana lakonan beliau amatlah teruk dalam filem Putera. Pernah dengar tentang filem Putera? Filem tersebut adalah filem saduran dari filem Coming To America. Kamu tak pernah tonton filem Coming To America? Ok, I rest my case.

Joe Wings, you are one hell of a guitar heroes. But you are surely not an actor. Please stay on the guitar.


Aku pernah tengok cerita Anak Sarawak ni masa kecik-kecik dulu. tapi sekarang dah lupa. Mak aku kata cerita ni best. Memandangkan pelakon utamanya adalah Dato Ahmad Tarmimi Siregar, aku agak-agak mesti cerita ni best.

Astro, bila nak keluarkan cerita ni pulak? Asyik keluarkan cerita Anak Mami je kat Astro Prima tu.


Promosi besar untuk filem ini. Kononnya merupakan sequal kepada Filem Anakku Sazali.

Aku pernah menonton filem ini. Adakah filem ini sangat bagus? Hell, no!!! Tengok dari poster dah tahu yang filem ini ialah satu lagi total failure. Another film that try to use the legendary name of P. Ramlee to promote the film.


Aku tak pernah tengok filem Azam ni. Barisan pelakon filem ini juga tidak menggalakan. Cuma nama Wan Nor Azlin, yang popular selepas video skandal seks beliau terlepas di pasaran gelap, yang menarik perhatian aku.

Tapi bila aku ternampak nama Z. Lokman terpampang di poster filem ini, terus aku terbayang filem Mendam Berahi. Kesimpulannya, tak payah membazirkan masa dan tenaga menonton filem Z. Lokman.


Aku agak tertarik dengan filem Azizah The Legend ini. Kenapa? Kerana nama ibu aku ialah Azizah.

Aku pernah menonton filem ini tapi tak ingat. Maklumlah, kecik lagi. Aku cuba cari review tentang filem ini dan review yang aku jumpa memang menggalakan. Satu review yang positif. Berikut ialah sinopsis filem berikut:

"Cinta Azizah dan Ramli mendapat bantahan dan halangan daripada bapa Azizah. Aziz mengapi-apikan mereka kepada ayah Azizah. Ramli menganggap ini sebagai cabaran dan berazam memperisterikan Azizah. Dia bekerja di Singapura bagi mengumpulkan wang melamar Azizah. Lamaran Ramli masih ditolak oleh ayah Azizah."

Cerita tahun 1930'an di Tanah Melayu. Memang belum ada filem macam ni. Harap-harap Astro, Tv3 atau RTM tergerak hati untuk mengulang tayang semula filem ini.

Asyik tengok filem arahan Prof. A. Razak Mohaiden saja yang diulang tayang di Astro. Cuba keluarkan filem-filem rare macam kat atas ni. Nak juga aku menonton filem Anak Sarawak, Matinya Seorang Patriot, Tsu Feh Sofiah, Azizah The Legend dan lain-lain lagi.

Dah penat. Sambung lain kali.

10 comments:

fairuz said...

sumer filem tu aku tak pernah tengok. serius.

bukan aku anti filem melayu, cuma aku rasa yang kau review tu sumernya filem yang tak bagus. sebab tu aku tak tengok.

yang anaknya sazali tu aku pernah dengar. cuma tak pernah tengok.

tunggu part 2 lak..haha..

xRaafikx said...

cite anak sazali aku pernah tengok. tapi cite lain, memang aku tak pernah tengok. even tak penah dgar pon.

belalang hijau said...

ade citer yg pernah Belalang tgk d situ tp yg abu nawas tuh mmg x tak pernah dgr langsung...

aremierulez/Amirul said...

fairuz:
hahaha.. tau tak pe. tak aku rasa tak semua filem yang aku riview ni tak bagus.

contohnya filem ah beng returns ni. movie ni jenis short filem. tu sebabnya filem ni tak dikenali di malaysia.

tapi filem ah beng retuns ni dapat review baik dari pengkritik di luar negara. tu yang aku macam teruja nak tengok filem ni

xRaafikx:
mesti kau rasa menyesalkan tengok cerita anaknya sazali tu? hahaha..

belalang hijau:
tu la pasal. aku tanya mak bapak aku pun, diorang cakap diorang tak pernah dengar

Fiziy said...

Abu Nawas mcm nais je.ade Tompel tu.haha

aremierulez/Amirul said...

fiziy
hahaha. nak tau nice tak nice, kau try cari lepas tu kasi tengok sekali... hehehe

Hujan Malam said...

dlm byk2 abu nawas tu mmg xpnh dgr n xpnh tau..hehe

aremierulez/Amirul said...

hahaha...
tau tak pe...

Firol said...

abu nawas tu ada tengok..terasa sezen pulak aku bila baca komentar lain tak pernah tengok...

ada yang tau kewujudan filem2 ni tapi tak nak ambil tau dengan menonton...

filem malaysia yang tiptop mirul?

aremierulez/Amirul said...

firol:
kau ade tengok cerita abu nawas? cerita pasal ape eh?

filem malaysia yang tiptop? itu aku akan buat di entri lain nanti. aku ada buat sikit dekat sini:

http://aremierulez.blogspot.com/2009/05/filem-melayu-yang-aku-rasa-best-dan.html

tapi aku rasa nak sambung balik ni. ade new additional

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...